Adab sopan santun keluarnya wanita dari rumahnya(copy and paste)

Friday, January 22, 2010


Assalamualaikum.. sekadar rujukan dari buku Tafsir Wanita 



Adab Sopan Santun Keluarnya Wanita dari Rumahnya 



Wajib bagi wanita untuk beradab sopan santun spt garis panduan ini: 



[1] Meninggalkan wangian (yang boleh menggoda) jika dia keluar rumah. 



Dari Zainab At-Tsaqafiyah, sabda Rasulullah saw: 

"Jika salah seorang perempuan di kalangan kalian menghadiri solat Isya', maka janganlah dia memakai wewangian pada malam itu." -HR Muslim:443 



Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah saw: 

"Siapa saja dari perempuan yang memakai wewangian, maka janganlah dia ikut solat Isya' bersama kami" -HR Muslim:444 



Dari hadits Al-Asyaa'ri, sabda Rasulullah saw (sanadnya disahkan hasan): 

"Barangsiapa di antara wanita yg memakai wangian, dan dia berjalan di tengah-tengah manusia dgn tujuan utk mencium wanginya, maka wanita itu berzina" -HR Ahmad:4/313 dan An-Nasai: 8/513 dgn sanad dinyatakan sahih dalam Shahih Sunan An-Nasai 



[2] Berjalan di sisi jalan (bukan di tgh jalan untuk mencari perhatian). 



Diriwayatkan Ibnu Hibban dan lainnya dengan isnad yang hasan, kerana adanya beberapa jalur periwayatan dari Abu Hurairah dia mengatakan, Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Tidaklah wanita berhak berjalan di tgh-tgh jalan" -HR Ibnu Hibban dalam sahihnya: 5601 dari hadis Abu Hurairah. 



[3] Hati-hati dengan menutupi diri jika dia memasuki rumah seseorang yang didalamnya banyak lelaki. 



Hadis Ibnu Majah dan lainnya dengan isnad sahih dari hadis Aisyah dia berkata pada wanita-wanita penduduk Hamsh; 

Mungkin kalian adalah (seperti) wanita-wanita yang masuk ke kamar-kamar mandi. Saya mendengar Rasulullah bersabda, 

"Wanita mana saja yg menanggalkan pakaiannya di tempat selain rumah suaminya, maka sesungguhnya dia telah menghancurkan penghalang yang ada antara dia dengan Allah" -HR Abu Daud:4010 



[4] Hendaknya dia keluar dengan menutup aurat. 



Hendaknya dia menutup semua auratnya kerana sesungguhnya wanita itu adalah aurat. 



Imam Ahmad meriwayatkan, dgn sanad hasan dari hadis Usamah, dia berkata: 

"Rasulullah memberikan pakaian asal Mesir yg agak tebal. Kain itu diberikan sebagai hadiah oleh Dahyah al Kalbi. Maka saya pakaikan kain itu buat isteriku." 

Maka Rasulullah bersabda, "Kenapa kamu tidak memakai pakaian yg kuberikan padamu itu?" 

Saya katakan: Wahai Rasulullah, saya pakaikan pakaian itu utk isteriku! 

Rasulullah bersabda: "Suruh dia untuk memakai pakaian dalm di bawah pakaian itu, sebab saya khuatir kain itu menampakkan bentuk tulangnya" - HR Ahmad:5/205 



[5] Wajib baginya untuk menghiasi diri dengan adab sopan santun. 



[6] Wajib bagi dirinya untuk menghiasi dirinya dengan perasaan malu. 



Sebagaimana difirmankan Allah, 

"Maka datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan." (Al-Qashash: 25) 



Image 



28:25 Afterwards one of the (damsels) came (back) to him, walking bashfully. She said: "My father invites thee that he may reward thee for having watered (our flocks) for us." So when he came to him and narrated the story, he said: "Fear thou not: (well) hast thou escaped from unjust people." 



[7] Wajib baginya utk tidak bercampur baur dengan para lelaki, dan jangan sampai dia berhias dan bertingkahlaku sbgmana perilaku orang jahiliyah terdahulu. 



Image 



33:33 And stay quietly in your houses, and make not a dazzling display, like that of the former Times of Ignorance; and establish regular Prayer, and give regular Charity; and obey Allah and His Messenger. And Allah only wishes to remove all abomination from you, ye members of the Family, and to make you pure and spotless. 



[8] Dan jika dia terpaksa harus bicara dgn seorang lelaki atau untuk meminta sesuatu, misalnya, maka wajib baginya untuk tidak merendahkan (mendesahkan) suaranya dengan mendayu-dayu. 



Image 



33:32 O Consorts of the Prophet! Ye are not like any of the (other) women: if ye do fear ((Allah)), be not too complacent of speech, lest one in whose heart is a disease should be moved with desire: but speak ye a speech (that is) just. 



[9] Jangan memakai pakaian yg glamour yang akan membuatkan pandangan orang terfokus padanya. 



[10] Hendaknya tidak terlalu banyak keluar kecuali kerana memang dalam keadaan terpaksa.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
Posts: 4435
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Read more...

BRB EXAM ...

Saturday, December 19, 2009


Read more...

Eye in the Star.

Friday, December 18, 2009



Eye in the Star.

We, are lost.
Tumbled down this endless pit of deceit.
Deceived, we are.

Succumbed to the eye.
Blinded by the stars.
Paralyzed, we are.

Our faith withers.
Our strength crumbles.
Suffocated by our adversary.
Weak, we are.

Stuck in this pit,
Fluorescence is what we seek.

Ember, to overcome this darkness.
Guidance, we chase.

We live for the hereafter.
Are we prepared?

We breathe a mortal's breath.
We bled a mortal's blood.

Repent.
For the end is near.

Dark90

Read more...

HAHA

Wednesday, December 16, 2009

Yeah!! kawan-kawan semua tunggu apa lagi marilah sama kita pakat rebut kerusi dekat kelas :D jadual exam sudah keluar-kan.. nantikanlah saatnya bumi akan terbalik sebentar.

Kasi semangat kepada jiran tetangga jangan dilupa.. semoga berjaya bersama.

Kawan-kawan kalau ada masa kosong marilah tolong aku baca kitab.. risau sudah sampa ke tahap gaban yang terputus ekor heha~  :D

16 - Jan - 2010

Read more...

Selamat Hari Raya Korban 2009

Thursday, November 26, 2009

Assalamualaikum wbt

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita iaitu Rasulullah s.a.w, keluarganya dan juga para sahabatnya.

(Tengah tersenyum ni). Sudah lama tidak meninggalkan penulisan ana di sini. Allahu Robbi. Makin ceria dan Alhamdulillah. Makin mantap.

Kepada pemilik blog ini dan juga rakan-rakan yang tanah tumpahnya di Malaysia tapi jasadnya di Mesir dan sebagainya, ana ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya korban 2009. Korbankanlah apa yang patut dikorbankan serta ana doakan yang baik-baik untuk antum semua.

Sempena Raya Korban ini. Ana juga ingin mengajak antum semua untuk bermuhasabah diri apabila keseorangan. Jangan pula termenung ingatkan kekasih tercinta ..ehehe..
Jadi, cuba kita sama-sama hayati, melihat gambar atau menatap wajah-wajah keluarga kita dan muhasabah sebentar mengenai diri kita. Adakah kita makin maju ke arah jalanNya atau sebaliknya. Fikirkan apa yang telah antum korbankan dan menangis dan sujud syukur sekiranya perlu apabila antum tidak sangka-sangka antum telah berjaya.

Kemudian, sekiranya antum nak cerita sebagai iktibar kepada sesiapa, bolehlah dijadikan sebagai bahan penulisan.

Ana bukanlah seperti kalian. Bukan dari sekolah agama mahupun basic agama tu pun,kalau zaman do'lu-do'lu orang bertanya, ana akan jawab.."Apa??"

10 tahun. Genap 10 tahun, dari semasa ke semasa ana berubah dan siapa sangka, kalau dahulu kita dikenali sebagai seseorang yang orang kata..

"walawei~~!Minah ni femes~~" dan lelain lagi..

tetapi sekarang,

sendiri tidak tahu..sehinggalah..

"Akak, akak dari uni al azhar ke? "
"Belajar dari kolej islam mana ya dulu??"

atau dalam orang nak taaruf kan..

"Ustazah, dari mana ya..ana ustaz dari uni mesir"

Dalam hati, tidak terniatpun nak ada jodoh dengan orang2 alim ni. Macam-macam.

Tidak tersangka di jiwa ana berubah seperti ini.

Apabila hari ini orang lain menyebut mengenai korban, ana tiba-tiba nak tulis benda-benda ni.
Baiklah antum, disini ana ingin menyeru pada antum semua. Cuba kita korbankan sesuatu,dimana ianya membawa ke arah kebaikan pada diri kita. Ana tahu antum boleh.
Sekiranya ana boleh lakukan kerana Allah swt, ana pasti antum boleh lakukan perkara ini.

Contohnya, kalau pergi ke mesir sebab kena paksa belajar tapi dalam hati tiada perasaan pun nak jadi ustaz atau ustazah, cuba korbankan perasaan tersebut dan gantikan dengan perasaan baru. Izinkan hati untuk merasakan nikmatnya jadi ustaz dan ustazah ini dan membawa Islam ini kepada orang lain.

Itu sahaja dari ana. Kalau ada masa lagi ana tulis lagi ya. :) Selamat Hari Raya Korban 2009

Read more...

Utopia

Tuesday, November 17, 2009


I am rotten.
Rotted by this narcotics.

Guilt, I felt.
For the wrong turns in my life.

Regret, I am
For being weak.
I pray for strength,
for hope.

Hope, for a miracle.
Hope for my life, to not gone astray.

Strength,
for I fear the worst.

This is,
the calm before the storm.
This is the time to prepare,
to strengthen.

Our clock is ticking.
Seize, the day.
For our end, is close.

Gates are gaping.
Gates to the promised Utopia.

Read more...

Wudhuk Lebih

Friday, November 13, 2009

Islam itu Mudah dan tiada paksaan itu semua orang tahu cuma kite sahaja kekadang yang menyulikan diri sendiri tak gitu?.. jadi topik kali ini ingin berkongsi sama kamu semua apa yang dari ayah saya dari ustaz-nya.

Kisah ini berdasarkan pengalaman yang sudah dilalui 2-3 kali (musim) dan saya rasa ianya sesuai dijadikan iktibar terus jadikan sebagai amalan seharian, tidak begitu rumit bahkan terlalu mudah sekali

Cerah Mata Kuat Kaki
Ustaz ini selalu membawa jemaah menunaikan haji di Makkah AlMukarramah,
Ustaz ini mendapati seorang pak cik sudah berumur lingkungan 60-70an masih aktif, semangat, larat, dan juga berkepuyaan seperti macam orang muda berjalan sana sini naik turun tangga macam biasa (lompat melompat mungkin tak kot :P) setelah ustaz ini mengamati dua tiga kali dalam kehairanan kemudian dia bertanyalah pak cik tersebut apakah rahsia sebenarnya yang diamalkan?
mudah sahaja pak cik itu menjawab pertanyaan tersebut dengan berkata : " ini semua permberian dari Allah saya cuma jaga haknya saja.. tak dak apa yang saya amalkan cuma bila time ambil wudhuk saya buka mata biar basuh muka sekali dengan mata dan kaki saya lebihkan sampai lutut, itu saja " beginilah jawapan yang sering ustaz tersebut dapat apabila berhadapan dengan kes yang sama..

Mudah Bukan?
Jadi apabila imbas kembali dalam pelajaran2 di kuliah dalam subjek Hadis, terdapat banyak hadis menyatakan kelebihan2 dalam berwudhuk serta cara2 dan anggota2 tambahan (sunat) disebutkan dalam hadis.. InsyAllah jika diberi kesempatan dapatlah sesama kita berkongsi ilmu yang bermunafaat ini, sekarang kita sudah tahu terpulang kepada kita mahu atau tidak untuk jadikan sebagai amalan harian.. alang2 ambil wudhuk apalah salahnya lebih sikit en..

Istiqamah Khair Min Alf Karamah.

Read more...